Tuesday, July 16, 2013

Ubahsuai atau convert yamaha fz150i ke yamaha r6

Salam,

Pada Rabu yg lepas, saya telah menukarkan fairing hadapan jentera saya iaitu yamaha fz150i ke yamaha r6. Fairing r6 ini dibeli dari Palex motorparts dan dipasang di bengkel bersebelahan kedai mereka dengan harga rm 650 berserta fairing, handle hks, side mirror, dan upah pasang.

Fairing yg dibeli adalah berwarna merah untuk dipadankan dengan warna asal motor saya. Walaubagaimanapun, warna merahnya sedikit berbeza dgn warna asal motor yamaha fz150i.



Kelebihan memasang fairing pada yamaha fz150i adalah ianya dapat membantu mengurangkan rintangan angin yg kuat lebih-lebih lagi ketika berada di highway. Sebelum ini, kalau lalu bersebelahan lori ataupun kenderaan besar, motor akan bergoyang-goyang dek rintangan angin yg kuat, tetapi tidak lagi selepas menukar fairing.
Selain itu, top speed motor juga akan meningkat daripada yg asal. Selepas menukar fairing, top speed motor boleh mencapai sehingga 150km/h dan lebih dengan senang untuk motor saya berbanding 140km/h pada sebelumnya. (model lampu bulat 2009)

Sedikit perkongsian gambar saya bersama motor.







Apa yg boleh saya huraikan, penambahan fairing ke jentera anda agak berbaloi lebih-lebih lagi jika anda selalu menggunakan highway. Selain dapat mencantikkan motor anda, fairing juga dapat menjadikan motor anda nampak seperti superbike. hehe.  :p

Friday, May 17, 2013

Ride to Penang 2013

Salam.

Pada 15 mei yg lepas (kelmarin) , saya dan rakan mengembara secara "duo ride" ke Penang. Asalnya kami nak mengembara dan ride mengelilingi semenanjung Malaysia, tetapi kerana ada banyak masalah yg menghalang (masa, duit dsb) jadi kami hanya pergi ke Pulau Pinang. Hehe.

Bak kata pepatah melayu "Jauh perjalanan, luas pemandangan" dan drpd pepatah itulah membuatkan kami ingin mengembara ke luar negeri untuk menimba pengalaman yg tidak mungkin kami peroleh di negeri sendiri.

Perjalanan kami ini mengambil masa selama kira-kira 3 jam lebih dan melalui laluan sejauh 350km+- (dari saujana utama ke Penang).

Menaiki motor jenis Yamaha FZ150i, kami bertolak pada jam 10:00 pg dan menggunakan duit minyak dalam lingkungan RM50+- untuk perjalanan pergi dan balik. Walaupun pergi ke satu negeri sahaja, ternyata perjalanan kami agak memenatkan. Ditambah pula dengan cuaca yg agak panas, membuatkan kami perlu singgah di beberapa RNR sepanjang perjalanan untuk menghilangkan kering tekak dan dahaga.


Ride to Penang 2013


Ride To Penang 2013


Ride To Penang 2013

Setibanya kami di Penang pada jam 2:00 ptg, kami mengambil keputusan untuk bermalam di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas kerana berdekatan dengan kolej dan kediaman kakak saya yg belajar di AUCMS, Penang. (supaya nanti ada org belanja makan) Hehe.

Bila dah check-in dekat hotel, automatic badan pun terasa letih. hehe. Jadi, kami mengambil keputusan untuk merehatkan badan sekejap dan kemudian baru memulakan aktiviti kami.


Ruang tidur Hotel Seri Malaysia

Yang menariknya, ketika kami melangkah masuk ke bilik hotel kami yg berada di tingkat 6, kami terpesona dengan keindahan kota kepala batas yg dapat dilihat dengan jelas dari tingkap bilik hotel ini.

Kepala Batas, Penang

Sememangnya antara rancangan dan aktiviti kami adalah untuk menangkap gambar matahari terbenam atau Sunset di Penang. Memang tuah kami kerana dapat bilik yg mempunyai pemandangan yg cantik dan sesuai untuk mengambil gambar.

Lebih kurang jam 7:00 ptg, kamera dah pun standby dekat tingkap untuk tangkap gambar. Dan berikut adalah hasilnya. Hehe.







Selesai menangkap gambar matahari terbenam, kami menunggu sehingga selepas waktu solat maghrib untuk masuk dan "explore" apa yg ada di pulau pinang. Hehe.

Tepat jam 8:00 malam, saya dan Navin Sharma (member) memasuki pulau hanya dengan menggunakan sebuah motosikal untuk mengelakkan diri dari kesesakan yg mungkin ada dalam Pulau, di samping dapat menjimatkan penggunaan petrol. Tetapi ternyata, jangkaan kami itu meleset kerana perjalanan di atas jambatan Pulau Pinang agak lancar dan tidak sesak.
[ Untuk menggunakan jambatan Pulau Pinang, penunggang motorsikal dikenakan tol rm1.00 (masuk sahaja yg ada tol.)]

 Tujuan kami yg pertama ketika sampai di Pulau Pinang adalah untuk bermain bowling. Antara Mall yg ada menyediakan bowling di Pulau Pinang adalah di "Sunshine Square" Bayan Lepas.

Selesai bermain 3 game bowling, kami mencari tempat untuk menjamu selera di Pulau. Kalau cerita pasal makanan yg ada dekat Pulau Pinang, mmg rugilah kalau tidak makan nasi kandar kan? Jadi selepas jalan-jalan dekat Queensbay Mall, kami singgah di kedai nasi Kandar berdekatan.

Jalan punya jalan sekali sesat sampai Sungai Petani, Kedah. Haha. Lepas dah sesat, dengan harapan nak pergi uptown di Perda, Bukit Mertajam, bila dah sampai uptown dah pun tutup.

Pada jam 3:00 pagi, kami berada pula di Bagan ajam dan tertarik dengan keindahan Pantai Bersih yg berlatar belakangkan Pelabuhan Pulau Pinang.









Sebenarnya, ada kisah tersendiri di sebalik kami berada di Pantai Bersih ni. Kami ingatkan hanya kami berdua sahaja yg berada di pantai, tetapi ada orang ketiga yg "photobomb" gambar saya dengan tersenyum. hehe. Mungkin lain kali lah kot cerita. Hehehe.

Kami balik ke hotel pada jam 6:00 pg, dan masing-masing pun dah kepenatan dan keletihan.

Besoknya, pukul 12:00 tghari kami keluar makan dgn kakak sy dan kawannya sebelum bertolak balik ke Sg Buloh.

Jam 2:00 ptg, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Penang dan bertolak balik.


 



Sampai di sini sahaja perjalanan dan pengembaraan kami di Penang. Sesungguhnya, bermacam-ragam gelagat orang yg kami jumpa dan pelbagai pengalaman yg kami dapat sepanjang kami berada di Penang yg tak mungkin dapat dihuraikan dgn kata-kata. Insha Allah, kami akan "Ride" ke tempat lain pula di masa akan datang. Hehe.

Sekian. :)



Thursday, May 9, 2013

Sony Alpha SLT-A35

Salam.

Sebenarnya, dah lama saya meminati bidang fotografi, tetapi dek kerana kekangan duit dan masih lagi seorang student, maka terpaksa kumpul duit dan tunggu duit MARA masuk. Hehe. Pada bulan Februari yg lepas, akhirnya saya membeli sebiji Sony SLT a35 yg dibeli drpd seorang foreigner. Antara benda yg paling best bila memiliki kamera DSLR ni, anda akan rasa diri anda seperti seorang fotografer professional. hehe.

Gambar diambil dari geeky-gadgets.com

 Asal timbul minat nak beli DSLR ni kerana salah-seorang housemate, Daus namanya, memang pro bab-bab fotografi ni. Hampir setiap bulan dia membeli majalah mengenai fotografi. Bila dah ada kawan yg sama minat dengan kita, semestinya banyak perkara yg dapat berdiskusi dan bersembang bersama. Sejak itu, saya mula mencari-cari kamera untuk dijual di internet.

DSLR ni pun ada ilmu yg tersendiri, dimana pengguna kena tahu menggunakan setting ISO dan Aperture untuk menjadikan gambar lebih cantik.

Bak kata orang, 'Belum tentu setiap pemilik DSLR ni dapat tangkap gambar dengan baik'. Kan? Tapi sebab dah minat, beli jugak. haha.


Antara gambar terawal yg saya tangkap adalah dari tingkap bilik saya, Village V5C di UTP.

A View From V5C, Universiti Teknologi Petronas

 
Lepas dah tangkap gambar dari bilik, saja ronda-ronda kawasan di UTP, dan tangkap gambar bahagian belakang Bangunan Blok 5, kalau tak silap.



Universiti Teknologi Petronas
P/s: Gambar di atas ni agak senget, sebab tak pakai tripod. Hehe.


Dan yang ni gambar di Tasik KTM Batu Gajah :)


Tasik KTM Batu Gajah

3 gambar dia atas adalah sedikit sebanyak gambar yg saya tangkap ketika baru sebulan berjinak-jinak dengan kamera DSLR
.
Untuk mengambil gambar dengan cantik, perkara penting ialah pengguna harus biasakan diri dengan kamera. Bila pengguna biasa dengan kamera, pengguna dapat menguasai dan membiasakan diri dengan setting yg betul untuk setiap suasana yg berlainan ketika menangkap gambar. Selain itu, teknik editing juga penting untuk menjadikan gambar lebih cantik dan menonjol.

Jom sama-sama kita belajar dan mempraktikkan ilmu fotografi. :)
Sekian.

Wednesday, May 8, 2013

Yamaha FZ150I

Salam,

Yamaha FZ150i atau nama lainnya Yamaha Vixion di Indonesia sememangnya tidak asing lagi dalam dunia permotoran malaysia. Mula diproduksi pada tahun 2008, FZ merupakan satu-satunya motor di Malaysia yang dilengkapi dengan sistem injeksi, dan ini menjadikan Fz antara motor yg terjimat dalam kelas 150cc dan ke bawah.

 Dari segi top speed, Fz150i mampu mencapai kelajuan sehingga 140km/h di jalan biasa dan 150km/h++ turun bukit atau jalan curam. (meter berat)




Saya membeli FZ150i pada bulan March yg lepas, dan menggunakannya untuk ulang-alik dari rumah, Sg Buloh, Selangor ke Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak. Secara jujurnya, saya sangat berpuas hati dengan performance yg diberikan oleh Yamaha Fz150i baik dari segi kelajuan dan penjimatan minyaknya. Bayangkan, perjalanan sejauh 200km+- dapat dilakukan dengan hanya 2 jam dengan kelajuan purata 120km/h - 130km/h. Dari segi anggaran duit minyak, ianya mungkin agak subjektif kerana ianya bergantung kepada kelajuan semasa menunggang. Walaubagaimanapun, pengalaman saya ulang-alik dari rumah ke UTP hanya menggunakan duit minyak rm10+-. Manakala, satu tank penuh fz boleh mencapai sehingga 400km+-

Yamaha Fz150i ini memang sgt sesuai untuk org yg menunggang motor untuk perjalanan jauh. Di samping minyaknya yg jimat, penunggang juga tidak akan berasa sakit atau lenguh-lenguh badan. Ini kerana, posisi tunggangan fz sama seperti touring bike dan sangat selesa jika dibandingkan dengan kapcai.

Jika anda meminati untuk modified jentera anda, maka Fz150i adalah antara motor yg  paling banyak aksesori yg boleh ditambah dan diubahsuai untuk menjadikannya lebih cantik dan garang.

 First sekali, convert kepada Yamaha YZF R15.


Cantik bukan? Yamaha YZF R15 sebenarnya adalah sama spesifikasinya dengan Yamaha FZ150I kecuali ianya mempunyai meter berdigital dan berbaju! Hehe. Di Malaysia, Yamaha Hong Leong mmg tidak memasarkan R15 atas alasan pasaran Malaysia lebih kepada motor jenis kapcai. Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yg berminat untuk menjadikan motor mereka seperti R15 terdapat ramai penjual yg menjual "fairing" R15 untuk disarungkan kepada FZ150I anda dengan harga sekitar rm 1200+- untuk front fairing sahaja.

Convert kepada Custom Fairing

Gambar diambil drpd Palex Motorparts



Gambar diambil drpd Palex Motorparts

Gambar diambil drpd Palex Motorparts


 Custom Fairing juga banyak dijual untuk Yamaha FZ150I anda. Selain ianya lebih murah, custom fairing juga terdapat dalam pelbagai bentuk untuk motosikal anda. Antaranya, termasuk lah fairing custom Yamaha R1, R6, R125, CBR, dan lain-lain. Harga yg dijual bagi full fairing custom ini dianggarkan RM1500+- sahaja tidak termasuk kos pemasangan.


Convert kepada Headlamp lain! 

 
Headlamp Byson : Gambar diambil dari Palex Motorparts


Gambar diambil dari Palex Motorparts






Selain menukar Yamaha Fz150i anda ke full fairing, menukar lampu hadapan jentera anda ke lampu lain juga mampu menjadikan motor anda garang dan unik. Harga bagi headlamp adalah mengikut jenis dan bentuk headlamp, tetapi kebiasaannya dalam lingkungan RM 130 dan ke atas. 

Begitulah ceritanya mengenai Yamaha FZ150i ini. Terdapat pelbagai lagi cara untuk anda memodikasikan jentera anda. Tetapi untuk memodifikasi motor, ianya memerlukan kreativiti + duit untuk menjadikan motor anda cantik. Kalau rasa kekurangan duit pakailah standart macam saya! hehe. 



Sebagai kesimpulan, Yamaha Fz150i adalah sebuah jentera yg lengkap untuk digunakan baik jalan jauh, untuk modikasi, dan minyaknya yg jimat! Oleh itu, kepada sesiapa yg berminat untuk membeli Fz ni belilah tanpa ragu-ragu. hehe.