Tuesday, July 16, 2013

Ubahsuai atau convert yamaha fz150i ke yamaha r6

Salam,

Pada Rabu yg lepas, saya telah menukarkan fairing hadapan jentera saya iaitu yamaha fz150i ke yamaha r6. Fairing r6 ini dibeli dari Palex motorparts dan dipasang di bengkel bersebelahan kedai mereka dengan harga rm 650 berserta fairing, handle hks, side mirror, dan upah pasang.

Fairing yg dibeli adalah berwarna merah untuk dipadankan dengan warna asal motor saya. Walaubagaimanapun, warna merahnya sedikit berbeza dgn warna asal motor yamaha fz150i.



Kelebihan memasang fairing pada yamaha fz150i adalah ianya dapat membantu mengurangkan rintangan angin yg kuat lebih-lebih lagi ketika berada di highway. Sebelum ini, kalau lalu bersebelahan lori ataupun kenderaan besar, motor akan bergoyang-goyang dek rintangan angin yg kuat, tetapi tidak lagi selepas menukar fairing.
Selain itu, top speed motor juga akan meningkat daripada yg asal. Selepas menukar fairing, top speed motor boleh mencapai sehingga 150km/h dan lebih dengan senang untuk motor saya berbanding 140km/h pada sebelumnya. (model lampu bulat 2009)

Sedikit perkongsian gambar saya bersama motor.







Apa yg boleh saya huraikan, penambahan fairing ke jentera anda agak berbaloi lebih-lebih lagi jika anda selalu menggunakan highway. Selain dapat mencantikkan motor anda, fairing juga dapat menjadikan motor anda nampak seperti superbike. hehe.  :p

13 comments:

  1. BRO.. LU BIKIN KAT KEDAI MANE TU.. Location pls..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedainya di Batu Caves. Ni alamat kedai :
      PMP SPEEDSHOP NO 8 GROUND FLOOR PANGSAPURI AMANIAH 1, JALAN AMANIAH MULIA 5, TAMAN AMANIAH, 68100 Batu Caves

      No telefon:
      +603 61860420 (hotline) +60148230420 (fadzli)/ +60136282015 (amin)/

      Lebih lanjut boleh masuk fb kedai: https://www.facebook.com/pages/Palex-Motorcycle-Parts-Accessories/160312657359244

      Delete
  2. Replies
    1. Kedai ni jual aksesori sahaja, yang pasang bengkel sebelah. :)

      Delete
  3. Full fairing rm650? Seriously semua siap pasang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni boleh kata front fairing sahaja, tapi yup, rm650 siap pasang. :)

      Delete
  4. Salam..nak tanya..side mirror utk r6 ni boleh ke tukar model lain? Nampak mcm kecik n susah nk tgk belakang la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, haah, mmg agak kecil dan agak susah nak tgk belakang. hehe.
      Boleh je tukar side mirror lain. Beli yg universal punya side mirror.

      Delete
  5. salam bro , nak tanya sikit . kalau tukar fairing ni mmg dia tukar handle kan . pastu meter x perlu tukar ke ?
    n satu lagi wiring untuk lampu n signal semua pon x perlu tukar ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, yup kalau beli fairing ni dapat handle sekali, meter tak perlu tukar sebab mmg fit untuk meter standard.
      Kalau untuk wiring, lampu dan sbgainya dapat sekali, wiring untuk lampu dan signal just tukar dgn lampu dan signal asal je. Sejujurnya, bab wiring ni saya tak tau sangat, sbb kedai yg psangkan, boleh call penjual untuk pertanyaan lanjut nanti. hehe :p

      Delete
  6. Salam. Saya baru beli FZ150i. Tgk brader2 tukar fairing teringin pulak nak tukar, nmpk gagah sikit...hehe...kalo nak tukar front fairing ni berapa lama kena tunggu ye ?

    ReplyDelete
  7. Salam..bro..nk tnye..aq baru bli fz..nk trunkan fork n tukar handle..handle apa yg sesuai nk pkai at fz ni kn..handle ori cm lebar sgt lah..

    ReplyDelete